Monday 12 December 2011

Refleksi Membuat blog

Walaupun sebelum ini pernah membuka blog, tetapi saya membuat ringkas sahaja. Saya tidak menyangka ada banyak perkara yang boleh saya pelajari lagi dalam membuat blog ini. Saya harus berterima kasih kepada pensyarah Encik Hafizul Fahri memberi tugasan Teknologi Maklumat ini kerana semasa membuat blog ini saya dapat mempelajari bagaimana meletakkan video,belajar bagaimana meletakkan muzik dan bagaimana meletakkan chat box dan meletakkan animasi dalam blog. Semua ini adalah semasa membuat blog ini barulah saya mempelajarinya. Semasa saya membuat blog ini saya juga menghadapi satu kesusahan iaitu bagaimana menambah 'page. Disebabkan muka atas blog hanya ada 'home' sahaja, saya hendak menambah 'page' tetapi tidak tahu. Saya mengkaji dan berfikir akhirnya dapat saya mencari cara penyelesaiannya. Saya sangat gembira akhirnya saya dapat menambah 'page' dalam blog saya.Bagusnya, ini adalah kepuasan yang saya dapat semasa membuat blog ini.

Saturday 3 December 2011

Video ini membolehkan murid-murid menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Refleksi:
Apabila saya menggunakan video ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati murid-murid sangat seronok dan memberikan tumpuan terhadap pengajaran saya.





LANGKAH 1 SUKU KATA TERBUKA.wmv

Semasa mengajar suku kata saya akan menggunakan video di bawah sebagai alatan bantu mengajar saya supaya murid akan minati belajar suku kata.
Video ini sebagai langkah pertama mengajar suku kata terbuka.

Refleksi:
Semasa saya menggunakan video ini mengajar suku kata terbuka saya mendapati murid-murid akan cepat belajar dan memahami suku kata terbuka terutamanya bagi murid yang lemah. Oleh sebab video ini mempunyai animasi murid sangat meminatinya, pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

LANGKAH 1 TERBUKA 2.wmv

Video ini sambung langkah 1 juga mengajar suku kata terbuka

LANGKAH 1 TERBUKA 3.wmv

Sambung mengenai suku kata terbuka

belajar Membaca 2

Video ini membolehkan murid mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

Belajar Membaca 1

Video ini membolehkan murid belajar membaca bentuk-bentuk,abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul.

Monday 7 November 2011

Membuat refleksi

   Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
Tujuan fasa permulaan pengajaran: 
§  Menarik perhatian pelajar
§  Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif
§  Memperkenalkan objektif pembelajaran
§  Membina aliran pemikiran
§  Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran:
§  Menarik perhatian
§  menggunakan  suara, pergerakan, isyarat badan dan  eye contact
§  menggunakan bantuan alat pandang dengar
§  mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar 
§  Menimbulkan motivasi pelajar
§  mewujudkan hubungan baik
§  menunjukkan keghairahan mengajar
§  merangsang sifat ingin tahu
§  bercerita

§  Menstruktur pengajaran dan pembelajaran
§  menunjukkan hasil pembelajaran
§  membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
§  mencungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar


§  Membuat perkaitan
§  membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar
§  menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar
Kemahiran mencungkil idea yang merupakan sebahagian kemahiran memulakan pengajaran terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Mengapakah guru perlu mencungkil idea pelajar sebelum memulakan pengajaran? Menurut Ausubel (1978), aktiviti mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan;

“If I had to reduce all of educational psychology to just one principle, I would say this: The most important single factor influencing learning is what the learner already knows. Ascertain this and teach him accordingly."   
Mencungkil idea penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni, menstruktur semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada pada pelajar. Melalui aktiviti mencungkil idea ini, pelajar akan lebih menyedari  tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada percanggahan. Guru pula akan mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian. Tindakan mencungkil idea ini sebenarnya menyokong sepenuhnya premis asas teori pembelajaran konstruktivisme.

Beberapa cara mencungkil idea pelajar
§  Soal jawab keseluruhan kelas
§  Perbincangan kumpulan
§  Demonstrasi guru
§  Kuiz pendek atau praujian
§  Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
§  Peta konsep (Concept map)
§  Kartun konsep (Concept Cartoon)
§  Peristiwa bercanggah (Discrepant event) 
§  Interview about events
§  Interview about instances

    










KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Apa itu kemahiran mikropengajaran?
Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran  asas yang dikenali sebagai  kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.

Sepuluh kemahiran mikropengajaran tersebut adalah:
1.      Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
2.      Menyoal
3.      Menerang
4.      Memperkukuh
5.      Mengilustrasi dengan contoh
6.      Membuat demonstrasi
7.      Mengendali perbincangan
8.      Mengendali kerja amali
9.      Menutup pengajaran